Kereta Mufti Perlis Musnah Dibakar

KANGAR – Kereta rasmi Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin musnah disyaki dibakar pihak tertentu di kediamannya di Jalan Persiaran Wawasan di sini, awal pagi Jumaat.

Bahagian enjin kereta Honda Accord berwarna hitam itu terbakar sepenuhnya dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada pukul 5.45 pagi itu.

Laporan Utusan Online menyebut, turut terbakar tayar hadapan sebelah kiri kenderaan itu manakala cermin belakang dan depan turut pecah.

Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd., pihaknya menerima panggilan daripada sistem MERS 999 berhubung kejadian pada pukul 6 pagi.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati ia disyaki berpunca daripada perbuatan khianat ekoran kesan cermin belakang kenderaan yang dipecahkan selain penemuan botol berisi petrol untuk membakar.

“Kebakaran walau bagaimanapun telah dipadamkan oleh pihak bomba,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Noor Mushar berkata, Unit Forensik juga telah dihantar ke kediaman Mohd Asri untuk menjalankan siasatan. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.