Video: “Tak Perlu Tahu Saya Dari Mana” – Wartawan Tempelak Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang cuba untuk menukar topik apabila wartawan bertanya mengenai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir yang menyatakan kesediaan bertanding menggunakan lambang DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berikutan kemelut yang melanda partinya yang berkemungkinan menyebabkan pendaftarannya dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Soalannya cukup mudah, hanya perlu menjawab soalan wartawan itu namun Lim Kit Siang cuba berdolak-dalik menukar topik lain serta dengan sengaja bertanyakan soalan wartawan itu daripada agensi mana.

Bahkan, semasa sidang akhbar di bilik media Bangunan Parlimen itu, Kit Siang sebaliknya memerli wartawan berkenaan dengan mengatakan wartawan itu sengaja tidak mahu menjawab soalannya. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.