Video: Akta Lupus Kenderaan Terbiar Siap Tiga Tahun

KUALA LUMPUR – Dua jawatankuasa ditubuhkan bagi mengkaji keperluan mewujudkan dasar berkaitan serta bagi menggubal undang-undang khusus menangani masalah kenderaan terbiar.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata undang-undang berkaitan pengurusan kenderaan terbiar, termasuk membolehkannya dirampas untuk dilupuskan, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

“JPM maklumkan kepada saya bahawa kira-kira 6,000 aduan dari lapan kawasan bandar seperti Kuala Lumpur dan Johor diterima daripada orang awam berhubung masalah ini.

“Kementerian menyedari mengenai isu ini kerana ia membahayakan kepada pengguna, selain menjurus kepada pembiakan nyamuk termasuk Aedes, mengganggu kawasan parkir awam, selain memiliki bahan toksik yang boleh mendatangkan pencemaran alam sekitar”,katanya.

Ujarnya lagi, pada November tahun lalu dilaporkan sebanyak kira-kira lapan juta kenderaan rosak dan terbiar dilaporkan berada di tepi jalan, kawasan tempat letak kenderaan serta lokasi lain.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=_zG5vZjgyPY&w=560&h=315]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.