Mazlan Aliman Ditahan Untuk Siasatan Kes Fitnah

KULAI – Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman ditahan polis ekoran didakwa menuduh isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, terlibat dalam beberapa projek yang dirancang dan dilaksanakan oleh Felda.

Mazlan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai, Johor, malam tadi di mana beliau dibacakan haknya di bawah tangkapan polis.

Isnin lalu, Rosmah membuat laporan polis terhadap Mazlan, selepas ahli Jawatankuasa Pusat Amanah itu mendakwanya terlibat dalam projek penternakan ikan sturgeon yang gagal dilaksanakan selepas memakan belanja berjuta ringgit oleh Felda.

Projek itu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu yang turut menangkap beberapa pegawai Felda.

Mazlan dalam sebuah program ceramah pada bulan ini mendakwa beliau diberitahu seorang pegawai Felda yang ditahan SPRM bahawa projek itu mendapat “restu” Datuk Seri Najib Razak, di mana isteri beliau Rosmah menasihatkan pegawai Felda cara menggerakkan projek terbabit.

“Tuduhan sebegini menyebabkan terjadinya buruk sangka dalam kalangan netizen, lantas menjejaskan reputasi dan integriti anak guam saya,” kata peguam Rosmah, NoorHajran Mohd Noor. – AntaraPos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.