Lori 3 Tan Terbalik Hilang Kawalan

GOMBAK – Sebuah lori tiga tan yang membawa muatan minyak generator terbalik selepas hilang kawalan ketika menuruni bukit di Kilometer 35.8, Lebuhraya Karak arah Bentong menghala ke pusat bandar tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.51 tengah hari itu, mangsa, Sabturani Selahani berusia 40 tahun mengalami kecederaan ringan dan telah di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Tey Kong Seng berkata, setakat pukul 6 petang tadi, laluan dari arah Bentong menghala pusat bandar telah ditutup ekoran lori tersebut menghalang laluan kiri dan tengah jalan, lapor Kosmo

“Sehingga kini, jalan di lokasi kemalangan telah ditutup bagi kerja-kerja pengalihan lori berkenaan dan satu lorong khas telah dibuka untuk kenderaan dari arah pantai timur.

“Kerja-kerja pembersihan dan pengalihan lori dijangka selesai sepenuhnya tidak lama lagi dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.