Kit Siang `Tak Gembira’ Arul Pertahankan Reputasi Syarikatnya

Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak gembira apabila Ketua pegawai eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy menjawab soalan yang berbangkit mengenai tuduhan terhadap syarikat berkenaan.

Disebabkan itu, beliau mencabar Arul supaya bertanding pada pilihan raya umum ke-14 nanti dengan alasan supaya Arul dalam menjelaskan mengenai 1MDB. Masalahnya di sini ialah Arul hanya menjalankan tugasnya sebagai seorang ketua di 1MDB.

Beliau menjawab tuduhan dan serangan daripada pembangkang yang sehingga kini masih berterusan menyerang 1MDB dan cuba mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu berkenaan.

Dengan meminta seorang ahli korporat dan profesional untuk menjadi Ahli Parlimen semata-mata bagi menjawab mengenai tuduhan kitar semula yang berulang kali sudah diberikan penjelasan itu, ia merupakan satu kebodohan.

Adakah dengan mencabar Arul bertanding menunjukkan bahawa Kit Siang hanya mahu mendengar penjelasan daripada Ahli Parlimen sahaja, berbanding dengan seorang CEO?

Penjelasan daripada menteri sendiri di Parlimen ditolak oleh pembangkang, inikan pula daripada Arul, sekiranya beliau menyahut cabaran Kit Siang itu.

Arul hanya menjalankan tugasnya dan beliau telah dipertanggungjawabkan dengan pelan rasionalisasi 1MDB jadi dalam isu ini tidak salah jika beliau memberikan penerangan mengenai hal yang sebenarnya supaya rakyat tahu apa yang berlaku.

Arul juga tidak ada apa-apa untuk disembunyikan, dan isu kontroversi sekitar 1MDB termasuk siasatan oleh Jabatan Kehakiman AS (DoJ), peranan ahli perniagaan Low Taek Jho dan Bandar Malaysia dibincangkan secara terbuka.

“Khususnya, setiap forum mempunyai sesi soal jawab yang panjang dan terbuka, di mana soalan-soalan yang bersifat menyelidik telah ditanya dan, saya berharap, dijawab dengan memuaskan,” kata Arul kepada FMT.

Beberapa hari lepas Arul mengesahkan bahawa 1MDB tidak pernah membuat apa-apa bayaran ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri dan ini berdasarkan rekod syarikat dan penyiasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

“Saya mengesahkan syarikat 1MDB, menurut rekod-rekod syarikat dan menurut penyiasat PAC, syarikat 1MDB tidak pernah sekalipun membayar walaupun satu sen ke dalam akuan peribadi Perana Menteri,” katanya.

Arul turut memberitahu bahawa tohmahan terhadap 1MDB adalah bermotifkan politik dan berniat mensabotaj perniagaan syarikat tersebut.

Pembangkang memang menjadikan 1MDB sebagai isu menjelang PRU14 ini dengan menjadikan Najib sebagai sasaran utama mereka dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan.

Justeru apa juga penjelasan mengenai 1MDB akan ditolak sebaliknya mereka memutarbelitkan lagi 1MDB demi agenda politik mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.