Sadis, Bapa Bakar Kepala Anak Perempuan Tiga Tahun

PADAH penagih dadah, akhirnya anak yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Itu yang berlaku kepada seorang lelaki yang telah hilang pertimbangan lalu mencurahkan minyak tanah ke atas kepala anak perempuannya yang berusia tiga tahun, hanya kerana dia `terlalu cantik’.

Perkara berkenaan didedahkan dalam perbicaraan ke atas Edward John Herbert di mahkamah di Perth. Dia didakwa atas tuduhan cuba membunuh.

Menurut seorang anggota polis yang juga jiran Edward, Stephanie Bochorsky, ketika kejadian pada Ogos 2015 itu dia sedang menonton televisyen di rumahnya apabila mendengar pergaduhan antara Edward dan isterinya.

“Saya kemudian bertanyakan kepada isteri Edward saya sama ada dia ok, tetapi dia memberitahu Edward cuba membakar anak mereka,’’ katanya sambil mengalirkan air mata ketika menceritakan mengenai kejadian itu.

Stephanie berkata, dia meluru masuk ke rumah itu dan mendapati kepala anak perempuan pasangan itu sedang terbakar, lalu dengan pantas dia mengambil selimut dan cuba memadamkan api berkenaan.

Pada masa sama, Edward juga mencurahkan minyak tanah pada seorang lagi anak perempuannya yang berusia tujuh tahun.

“Saya suruh dia jauhkan diri daripada kanak-kanak itu tapi dia tidak bergerak. Kebimbangan saya adalah keselamatan kanak-kanak terbabit,’’ katanya yang kemudian membawa keluar kanak-kanak tersebut dari rumah itu dengan segera.

Kejadian itu mengakibatkan kanak-kanak yang berusia 13 tahun itu mengalami lecur pada 13 peratus bahagian muka dan turut mengakibatkan parut kekal.

Perbicaraan kes berkenaan bersambung. – MYNEWSHUB.CC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.