Mahathir dan Daim bukanlah orang miskin – Lim Sian See

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 22 Mac 2017

Dato’ Abdul Rahman Mohd Noor dari Parti Pribumi Bersatu telah menyiarkan video yang menyatakan beliau berharap untuk bertanding di Pekan menentang PM Najib.

Walaupun beliau berkata beliau adalah seorang pesara miskin, itu tidak betul. Beliau kini merupakan ahli lembaga pengarah untuk PECD Bhd (Peremba) milik Daim sejak 2008 dan jelas adalah sekutu jangka panjang Mahathir dan Daim.

Mahathir dan Daim bukanlah orang miskin.

Selain daripada mengulangi pembohongan yang Mahathir biasanya muntahkan, apa yang membimbangkan mengenai video beliau adalah bahawa beliau mendakwa beliau berada di UK pada masa itu dan bahawa PM Najib tidak menduduki peperiksaan akhirnya di University of Nottingham.

Ini adalah tuduhan yang berniat jahat bahawa Najib tidak menerima ijazah daripada Universiti.

Walau bagaimanapun, pemeriksaan secara langsung dengan laman web sebenar University of Nottingham menunjukkan ini:
https://www.nottingham.ac.uk/news/pressreleases/2009/april/alumnusbecomesprimeministerofmalaysia.aspx

“Najib menamatkan pengajian dalam bidang Industrial Economics dari University of Nottingham pada tahun 1974 dan telah aktif dalam politik di Malaysia lebih daripada 30 tahun.”

Profesor David Greenaway, Naib Canselor University of Nottingham, berkata: “Saya amat gembira bahawa lulusan University of Nottingham memegang kedudukan yang sebegitu penting. Pihak Universiti mempunyai sejarah yang panjang bekerjasama rapat dengan Malaysia – dua bekas Raja juga adalah graduan University of Nottingham, dan kami merupakan universiti British yang pertama untuk menubuhkan kampus di negara ini.

Profesor Ian Pashby, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif University of Nottingham Kampus Malaysia, berkata, ‘Keseluruhan komuniti UNMC sangat berbangga bahawa salah satu daripada mereka telah menjadi Perdana Menteri keenam Malaysia.”

Ia adalah jelas sekali bahawa bukan sahaja PM Najib telah menamatkan pengajian dari Universiti beliau, profesor-profesor di University of Nottingham juga berbangga dengan beliau.

Ini jelas menunjukkan bahawa sindiran berniat jahat Dato’ Abdul Rahman Mohd Noor (Pribumi) adalah TIDAK BENAR.

Dan beliau bukanlah seorang pesara miskin seperti yang beliau katakan. Malah, dalam video itu, beliau memberikan senarai panjang khidmat beliau sebagai pengarah di pelbagai syarikat dan beliau kemudiannya mengatakan bahawa beliau adalah seorang pesara miskin. Kemudian beliau meminta orang ramai untuk menderma walaupun Mahathir dan Daim berada di belakangnya. Apakah ini?

Beliau mahu untuk mensasarkan orang Pekan tetapi bercakap dalam bahasa Inggeris sepenuhnya – lengkap dengan loghat mat salleh.

Sekali lagi, kalau tak fitnah, itu bukanlah Pakatan. Satu lagi pembohongan yang berniat jahat dan fitnah dari Mahathir dan orang-orangnya sekali lagi didedahkan.

Saya juga ingin bertanya kepada Dato’ Abdul Rahman Mohd Noor dari Universiti mana beliau menamatkan pengajiannya? Katanya, beliau menamatkan pengajian pada 1972 dari University of Malaysia.

University of Malaysia tidak wujud – tidak di Malaysia atau mana-mana sahaja di dunia. Adakah beliau menubuhkan universiti sendiri untuk menamatkan pengajian beliau?

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.