Kuwait Henti Tayangan Beauty And The Beast

KUWAIT – Filem baharu Disney, ‘Beauty and the Beast’ ditarik daripada tayangan panggung wayang di Kuwait, hari ini selepas penapis filem negara itu menyuarakan kebimbangan terhadap kandungan filem terbabit.

Filem yang sudah merekodkan jualan kasar lebih AS$180 juta (RM797.67 juta) di seluruh dunia itu dikatakan mempunyai babak homoseksual pertama untuk satu watak Disney.

‘Beauty and the Beast’ sudah ditayangkan di negara majoriti Muslim itu, sejak Khamis lalu, namun mereka yang membeli tiket untuk menonton filem itu Isnin ini menerima mesej daripada syarikat National Cinema Company memaklumkan penayangan filem itu dibatalkan atas sebab yang tidak dijangka.

Seorang ahli lembaga pengarah National Cinema Company, Duaij Al-Khalifa Al-Sabah yang mengendalikan 11 daripada 13 panggung wayang Kuwait berkata, versi baharu suntingan filem itu mungkin akan kembali ke pawagam, lewat minggu ini. AP/BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.