Gelar Annuar Bapa Segala Rasis, Kit Siang Sedia Disaman

KUALA LUMPUR – Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencabar Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa untuk menyamannya berhubung gelaran bapa segala rasis yang ditujukan kepada Ahli Parlimen Ketereh itu.

Beliau berkata, dirinya sudah bersedia untuk berdepan saman berhubung isu gelaran rasis tersebut.

Beliau mengulangi cabaran itu dalam satu ceramahnya pada Majlis Penerangan dan Pemantapan Ilmu Pejuang Melayu anjuran Umno Gombak kelmarin, lapor Sinar.

“Di luar Parlimen, saya gelar dia ‘bapa segala rasis’, memalukan Islam dan dia boleh saman saya. Itu cabaran saya (terhadap Annuar).

“Kalau dia rasa ini satu fitnah, boleh ambil tindakan udang-undang terhadap saya. Mengenai apa yang dia kata kepada saya, biar peguam saya yang uruskan. Saya terima dia mahu saman saya jadi dia boleh buat demikian,” katanya dalam sidang media hari ini.

Annuar sebelum ini mencabar Kit Siang untuk mengemukakan saman terhadapnya.

Ia berikutan kenyataan Annuar sebelum ini yang menggelarkan Kit Siang anti Islam, DAP parti rasis dan juga diktator.

Mengulas perkara tersebut, Kit Siang berkata, Annuar jelas mahu menjadi hero dengan berbuat demikian ketika beliau kini dalam usaha merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sabtu ini.

“Apa yang dibuat ini menampakkan dia mahu jadi hero oleh kerana undian Presiden FAM sudah dekat. Dia mahu jadi hero. Dia patut letak jawatan selaku Ketua Penerangan Umno,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.