Farahdhiya Dakwa Ditawar Ratusan Ribu Ringgit Untuk ‘Teman VIP’

KUALA LUMPUR — Tawaran ratusan ribu ringgit tidak sesekali menjadikan penyanyi Farahdhiya, 32, gelap mata sanggup menjual maruah diri kepada golongan kenamaan.

 

Naib johan Gegar Vaganza 2 itu mendakwa ditawarkan imbuhan berjumlah RM30,000 dan RM140,000 untuk menemani orang kenamaan bercuti.

 

“Saya tidak gelap mata dengan tawaran begitu. Kalau ditawar ratusan ribu ringgit sekali pun saya tidak akan menjual maruah diri dan menjadi hamba mereka.

 

“Bukan semua orang boleh dijual beli dengan wang ringgit. Jangan ingat saya wanita yang mudah dibeli dengan ganjaran begitu,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

 

Penyanyi lagu “Bertakhta di Hati” mengulas tawaran yang diterima beliau melalui Facebook menggunakan nama palsu, menyamar sebagai pengacara Ally Iskandar.

 

Individu berkenaan mulanya menawarkan Faradhiya menjadi pengacara rancangan travelog tetapi kemudian ditukar untuk mengikut orang kenamaan pergi bercuti.

 

“Pihak terbabit perlu diajar dan isu ini patut didedahkan kepada umum agar tidak menjerat wanita lain untuk terus menjadi mangsa.

 

“Sebaik sahaja saya mendedahkan kepada umum, ada beberapa rakan artis turut mengaku pernah ditawarkan benda yang sama.

 

“Kenapa sejak dahulu tak dedahkan perkara ini kepada umum?” beliau dilaporkan berkata.

 

Farahdhiya berkata walaupun tawaran itu sudah sebulan berlalu namun ia tidak mudah untuk dilupakan.

 

Katanya, tawaran seperti itu bukanlah baharu baginya kerana pernah menerima tawaran hampir sama di saat awal pembabitan dalam bidang seni.

 

“Cuma ada kala saya kasihan kalau melibatkan orang baharu yang masih belum masak dengan permainan pihak yang hanya pandai mengambil kesempatan. – MalayMail

One thought on “Farahdhiya Dakwa Ditawar Ratusan Ribu Ringgit Untuk ‘Teman VIP’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.