Video: Rakaman Kanak-Kanak Disuruh Hisap Dadah Kembali Disebar

Kuala Lumpur – Rakaman yang memaparkan seorang kanak-kanak menghisap dadah kembali disebarkan para pengguna media sosial Facebook sejak beberapa hari yang lalu.

 

Menurut mereka, penyebaran video yang dimuatnaik pada 20 Januari lalu itu bertujuan untuk mengesa pihak berkuasa segera menjalankan siasatan dan mengheret mereka yang tidak bertangungjawab ke muka pengadilan.

 


Kanak-Kanak Disuruh Hisap Dadah by suaratv2014

 

“Baru-baru ini rakaman aksi gadis Melayu bertudung menghisap dadah dikecam pengguna Facebook, ada yang mengesa pihak polis dan AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) segera menjalankan siasatan.

 

“Namun mereka seperti terlepas pandang kes budak kecil yang disuruh menghisap dadah. Saya merayu agar kes ini turut disiasat bagi mengelakkan lebih banyak ‘aksi’ hisap dadah dipertontonkan kepada umum” ujarnya melalui status Facebook baru-baru ini.

 

 

Melalui rakaman berdurasi 15 saat tersebut, kanak-kanak yang berusia sekitar dua tahun itu telah diarahkan untuk menghisap dadah oleh penjaganya

 

Ekoran daripada itu kanak-kanak malang itu dilihat terbatuk-batuk sebelum disuruh untuk menghisap untuk kali yang kedua.

 

Tindakan tidak bertanggungjawab itu kemudiannya dikecam kerana boleh membahayakan nyawa dan memberikan kesan buruk kepada kanak-kanak tersebut.

 

Ada yang mendakwa kejadian tersebut berlaku di negara jiran Indonesia berdasarkan loghat bahasa dan cara percakapan yang mirip dengan masyarakat Bugis.

 

Namun ada juga mendakwa kemungkinan ia di lakukan oleh pembantu rumah yang bekerja di negara ini.

 

Terdahulu SuaraTV mendedahkan tindakan seorang gadis melayu yang dikatakan sedang menghisap dadah kerana dikatakan terpengaruh dengan teman lelakinya.

 

Rakaman yang tersebar itu turut menerima kecaman pelbagai pihak.

 

Baca: Aksi Gadis Sedut ‘Dadah’ Tersebar Di Media Sosial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.