Video: Kem PGA, Ulu Kinta Dilanda Ribut

Ipoh – Hujan dan angin kuat yang melanda mengakibat tempat parkir di Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta runtuh di landa ribut.

 

Menurut sumber, dalam kejadian pada petang Sabtu itu sekurang-kurang tujuh buah kereta dilaporkan mengalami kerosakkan apabila bumbung tempat letak kereta itu musnah diterbangkan angin.

 

 

Namun tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan.

 

Menurut pengguna media sosial yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi, kejadian tersebut berlaku di blok AB kem berkenaan.

 

Salah seorang penghuni di kawasan perumahan terbabit, sempat merakamkan detik cemas yang berlaku itu sebelum memuatnaikkan video tersebut di laman Facebook.

 

 

BERITA LANJUT MENYUSUL

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.