SPAD Akur Arahan Kabinet, Kenaikan Tambang Ditangguhkan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akur dengan permintaan Kabinet supaya menangguhkan kenaikan tambang pengangkutan awam.

 

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, Kabinet mempunyai kuasa untuk menangguhkan kenaikan tambang berkenaan.

 

“SPAD mematuhi prosedur dan undang-undang. Kabinet mempunyai kuasa dan kami akan ikut arahan.

 

“Tidak perlu wujud persengketaan,” katanya dalam laporan Buletin Utama TV3 malam ini.

 

Permintaan penangguhan kenaikan kadar tambang baharu pengangkutan awam itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan memaklumkan bahawa Kabinet sudah meminta suruhanjaya berkenaan berbuat demikian kerana tidak sesuai dilaksanakan ketika ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.