Pertempuran Maruah Liverpool, Manchester United

PERTEMBUNGAN dua kelab gergasi England yang saling berseteru, Liverpool dan Manchester United di Anfield pada malam ini bukan sekadar mencari tiga mata tetapi lebih berkisar kepada maruah dan sejarah pasukan berkenaan.

 

The Reds tekad membalas dendam tumbang 3-0 pada aksi pusingan pertama Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Disember lalu.

 

Kunjungan skuad The Red Devils dijangka diberikan sambutan luar biasa khususnya peminat Reds yang mahukan kemenangan bagi memintas United yang menghuni di tangga keempat liga.

 

Andai tewas, hasrat melihat aksi elit kelas Eropah di Merseyside musim 2015/16 mungkin terbantut kerana Liverpool terpaksa bersaing dengan kelab lain seperti Southampton dan Tottenham Hotspur yang turut mengintai tiket ke Liga Europa.

 

Bagi United, kejayaan ke atas lawan akan menamatkan rekod tanpa kalah anak buah Brendan Rodgers sejak Disember lalu, di mana United adalah pasukan terakhir menewaskan Liverpool dalam EPL.

 

Apakah sejarah itu akan berulang, sama-sama kita nantikan untuk melihat pasukan manakah lebih merah. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.