Pellegrini Fokus 3 Mata Untuk City

Manchester – Pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini berkata dia hanya berminat dengan keputusan perlawanan mereka sendiri selepas berjaya mengekalkan tekanan ke atas pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea.

 

City tampil garang dengan menewaskan West Bromwich Albion, 3-0, sekaligus mengurangkan jurang mata dengan Chelsea, kepada 3 mata.

 

Bagaimanapun, kelab London itu yang dijadual bertemu Hull City pada hari ini masih memiliki kelebihan dua perlawanan, berbanding skuad kendalian Pellegrini.

 

Meskipun ditunjukkan jalan keluar dalam Liga Juara-juara oleh Barcelona, Pallegrini sedar masih banyak yang perlu dilakukan pasukannya untuk mengekalkan gelaran yang dimenangi 12 bulan yang lalu.

 

“Kami tidak berfikir tentang itu (juara liga).

 

“Kami masih perlu bermain lapan perlawanan dan boleh memenangi kesemuanya, tetapi jika Chelsea tidak keciciran mata, kami tidak boleh menjadi juara liga.

 

“Apa yang penting adalah untuk tidak berfikir tentang pasukan lain, tetapi untuk berfikir tentang pasukan kami, memperbaiki, dan memenangi perlawanan berikutnya,” kata Pellegrini.

 

Sementara itu, dia berkata tidak akan menonton perlawanan antara Chelsea di Hull, sebaliknya akan menyaksikan pertemuan di antara Liverpool dan Manchester United, yang akan menentang City bulan depan.

 

Meskipun demikian, gol daripada Wilfried Bony, Fernando dan David Silva memberikan pasukan kendalian Pellegrini rehat 10 hari untuk perlawanan antarabangsa yang cukup baik,, walaupun diwarnai dengan kontroversi.

 

Selepas 60 saat bermain, pengadil Neil Swarbrick melayangkan kad merah kepada pemain pertahanan West Brom, Gareth McAuley kerana melakukan kekasaran terhadap Bony, meskipun pelanggaran dilakukan oleh rakan sepasukannya, Craig Dawson.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.