SPR Sahkan Tiada PRK Batang Kali

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan tiada keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Batang Kali.

Setiausahanya , Datuk Ikmalrudin Ishak berkata,tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka tersebut.

“SPR telah menerima pemakluman daripada Speaker DUN Selangor, Ng Sue Lim melalui surat pada 21 Februari 2023, berhubung dengan status kekosongan luar jangka kerusi Dewan Negeri N.07 Batang Kali, Selangor selepas disytiharkan kosong di bawah Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

“Berdasarkan kepada Bahagian Kedua, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Bab 5 Perkara LXX (5), Speaker DUN Selangor telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka tersebut.

“Selaras dengan itu, tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bahagian Pilihan Raya Negeri N.07 Batang Kali, Selangor akan dijalankan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pada 17 Februari lalu, Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim diminta menarik balik perisytiharan pengosongan DUN Batang Kali kerana didakwa wujud kekhilafan dari segi fakta dan undang-undang.

Ketua Penerangan Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, Pejuang dengan hormatnya menyatakan terdapat kekhilafan dari segi fakta dan undang-undang oleh Speaker.

“Ini adalah kerana perkiraan 6 bulan seharusnya bermula dari 23 November 2022 yakni dari tarikh bermulanya Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022.

“Dewan Negeri Selangor ke-14 pada tahun 2022 telah memasuki Penggal Kelima. Sebanyak Tiga Mesyuarat telah diadakan/dijadualkan iaitu Mesyuarat Pertama : 14-18 Mac 2022 dan 21-25 Mac 2022; Mesyuarat Kedua :25-29 Julai 2022 dan 01-05 Ogos 2022 dan Mesyuarat Ketiga: 23-25,29-30 November ,1,2& 5-6 Disember 2022.

“ADUN Batang Kali, Harumaini Omar telah hadir pada Mesyuarat Kedua. Maka ketidakhadiran tanpa kebenaran hanya berlaku pada permulaan Mesyuarat Ketiga iaitu 23 November 2022,” jelasnya.

Kata Rafique, tarikh luput 6 bulan sepertimana Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 adalah pada 22 Mei 2023.

“Harumaini telah mengutus surat kepada Speaker memohon untuk pengisytiharan pengosongan N.07 Batang Kali ditarik balik.

“Dalam surat tersebut Harumaini memberi tempoh masa 3 hari untuk balasan dari Tuan Speaker dan merizabkan hak beliau untuk mengambil tindakan undang-undang sewajarnya. Surat tersebut juga telah disalinkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Selangor serta Setiausaha Bahagian Dewan, Pejabat Dewan Negeri Selangor.

“Pejuang menyatakan hak kebebasan untuk hadir dan berbahas bagi Rakyat di Dewan Negeri dan atau Dewan Rakyat adalah tunjang pada sistem Demokrasi Berparlimen.

“Malah dengan keadaan tidak menentu senario politik negara dan negeri serta pembubaran dewan yang boleh berlaku bila-bila tiada apa-apa prejudis jika Harumaini dibenarkan terus berkhidmat sebagai ADUN N.07 Batang Kali,” ujar beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat