Coast Guard anjur Pertandingan Video Parodi Terbaik

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang menganjurkan Pertandingan Video Parodi Terbaik daripada babak naskhah itu dengan menawarkan hadiah wang tunai selain bakal terpilih sebagai pemenang bertuah.

Pertandingan itu bersempena cuti persekolahan yang baru mula dalam usaha menarik lebih ramai pelajar menonton filem yang sarat dengan mesej itu bagi mengisi masa terluang mereka.

Pengedar filem itu, Metrowealth International Group dalam satu kenyataan memaklumkan, pertandingan itu adalah untuk memupuk minat dan kreativiti masyarakat dalam filem tempatan yang bersifat patriotik dan memiliki perasaan sayangkan negara.

“Selain bertujuan mencungkil bakat penghasilan produk multimedia bergenre nilai murni universal serta memberi peluang kepada masyarakat Malaysia memahami tugas seseorang penguatkuasa.

“Pada masa sama, kami juga ingin mengajak kakitangan dan agensi kerajaan lain itu turut sama membantu menyokong filem yang dihasilkan satu agensi kerajaan lain,” katanya.

Tarikh tutup pertandingan adalah pada 28 Februari ini.

Mengetengahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang menjaga keselamatan perairan negara, filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang yang juga sentuhan terakhir Allahyarham Pitt Hanif sarat dengan aksi mendebarkan yang pastinya menyentuh emosi untuk menarik penonton ke pawagam.

Filem genre aksi unit beruniform terbitan Flying Deals Sdn Bhd dan Arie Zaharie Production itu menampilkan gandingan dua pelakon hebat tanah air iaitu Saharul Ridzwan dan Julia Farhana Marin selaku teraju utama.

Karya yang turut mendapat kerjasama Maritim Malaysia dimantapkan dengan penampilan barisan pelakon seperti Adlin Aman Ramlee, Datuk Fizz Fairuz, Sabri Yunus, Kodi Rasheed, Gambit Saifullah, Aziz M Osman, Sherie Merlis, Wanna Ali, Hafiz Nafiah, Iman Zulkarnain, Jaja Iliyes, Aman Nassim, Yuznor, Azlan Komeng, Hushairi Husain, Akmal Ahmad, Eqy Affandi, Iman Zulkarnain dan Trisha Ooi.

Sementara itu, filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang yang disokong Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Primeworks Studios dan Media Prima Berhad mensasarkan kutipan sebanyak RM20 juta di pawagam dan kini melebihi RM5 juta.

Filem berkenaan ditayangkan di semua pawagam seluruh negara bermula 2 Februari lalu, termasuk tayangan serentak di Singapura dan Brunei.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat