Aliff Satar mahir bahasa isyarat

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi, pelakon dan pengacara, Alif Satar menjadi perhatian netizen yang kagum melihatnya mahir menggunakan bahasa isyarat bagi menyantuni golongan orang kurang upaya (OKU) pendengaran dengan mesra dan ramah.

Menerusi perkongsian video di akuan Tik Tok @johnlemmonnn yang difahamkan rakan Alif, 32, mengakui dia juga baru tahu yang selebriti itu mempunyai kemahiran menggunakan bahasa isyarat walaupun sudah berkawan lama.

“Alif Satar ni memang manusia yang lain daripada yang lain. Penyanyi, komposer, pemain piano, usahawan, ironman dan dia fasih dalam menggunakan bahasa isyarat.

“Dah bertahun kawan dengan dia, baru tahu yang dia pandai bertutur menggunakan bahasa isyarat,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Alif yang pernah ditemubual media berkata, dia mempelajari kemahiran bahasa isyarat itu daripada ibu bapanya yang pernah berkhidmat sebagai guru pendidikan khas.

“Saya ada kemahiran asas bahasa isyarat sebab ibu bapa saya dulu adalah guru pendidikan khas. Bapa mengajar bahasa Melayu, manakala ibu pula mengajar bahasa Inggeris untuk pelajar masalah pendengaran.

“Saya dan adik-beradik belajar bahasa isyarat sejak kecil lagi. Malah, saya mula belajar ketika berusia empat tahun,” katanya yang turut aktif di Tik Tok dengan pelbagai perkongsian bermanfaat untuk pengikut.

Daripada perkongsian dibuat, video yang memaparkan Alif berborak mesra dengan seorang lelaki OKU berhadapan lif itu mendapat lebih 200,000 tanda suka dan lebih 2,600 komen daripada warga maya.

Kebanyakan komen ditulis netizen bangga dengan kemahiran bahasa isyarat dimiliki Alif dan ada juga menyifatkan dia sebagai artis serba boleh yang memiliki budi bahasa baik, merendah diri dan harus dicontohi oleh golongan muda.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat