Accelution, CIDBH meterai MoU sasar Lebih Banyak Syarikat Miliki ISO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) melalui anak syarikatnya CIDB Holdings Sdn. Bhd. (CIDBH) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Accelution Advisor Sdn. Bhd. (Accelution) baru baru ini.

Pengarah Urusan Accelution, Amirul Ashraf Hashim berkata lebih banyak syarikat kontraktor yang berkeupayaan dan mematuhi piawaian dalam negara ini mampu dilahirkan oleh CIDB dengan pemantauan dan program penarafan yang teliti.

Menurutnya, tanggungjawab ini diserahkan kepada Accelution sebagai syarikat perunding yang akan memastikan syarikat kontraktor termasuk lesen G7 mematuhi piawaian tertentu dan diiktiraf oleh International Organization for Standardization (ISO).

“Pensijilan ISO daripada badan- badan yang diiktiraf amat penting memandangkan ia adalah piawaian yang diguna pakai diperingkat antarabangsa.

“Kita mahu lebih ramai syarikat-syarikat tempatan memiliki pengiktirafan sijil ini kerana ia mampu meningkatkan lagi kebolehpercayaan pelanggan selain mengesahkan kompetensi syarikat itu dalam aspek pengurusan dan pematuhan projek.

“Buat masa ini hanya syarikat pembinaan dibawah lesen G7 yang berdaftar Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) sahaja diwajibkan mempunyai sijil pengiktirafan ISO. Malah kerjasama ini turut meliputi bidang perundingan pengurusan fasiliti. Maka, kita mahu ia diperluaskan lagi dan dimanfaatkan sepenuhnya”, tambahnya.

Justeru pemilihan Accelution yang mempunyai kepakaran dalam bidang latihan, pematuhan, pensijilan ISO dan pengurusan fasiliti sejak 6 tahun lalu mampu memangkin usaha ini, katanya.

Amirul berkata, Accelution merupakan satu-satunya syarikat yang menjalinkan kerjasama dengan CIDBH dalam aspek penyedia latihan pengurusan dan pematuhan piawaian selain kerjasama jangka masa panjang ini merupakan komitmen yang akan dilaksanakan dengan jitu bagi memastikan industri pembinaan negara mempunyai kualiti pengurusan yang tinggi.

“Melalui kerjasama di antara dua pihak, keunikan dapat dilihat daripada aspek kaedah yang digunakan oleh kami dalam menyelia syarikat-syarikat terbabit dengan kos paling efektif sehingga berjaya diberi pengiktirafan”, menurutnya.

Dalam pada itu, CIDBH yang bertindak sebagai koordinator amat menyambut baik jalinan kerjasama ini dan menyeru agar syarikat-syarikat khususnya yang berdaftar dibawah CIDB merebut peluang yang disediakan bagi meningkatkan lagi kebolehpercayaan pelanggan terhadap kemampuan mereka dalam melaksanakan sesuatu projek.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat