Harga Petrol RON95 dan 97 Naik 10 Sen, Diesel Kekal

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol bagi RON95 dan RON97 masing-masing naik 10 sen seliter bermula esok sehingga 1 Mac ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan memberitahu, harga runcit RON95 naik daripada RM1.98 kepada RM2.08 seliter manakala harga RON97 pula meningkat kepada RM2.38 seliter daripada RM2.28.

“Harga runcit diesel pula kekal pada paras RM2.18 seliter,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.