Video: Laungan ‘Undur Mahathir’ Bergema Depan Bangunan ROS

Satu himpunan berlangsung di hadapan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bermula jam 2.30 petang tadi.

Perhimpunan ini diadakan ekoran daripada rasa tidak puas hati bekas pimpinan kanan parti berkenaan terhadap tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) melanggar perlembagaan parti itu sendiri.

Justeru, laungan ‘undur Mahathir’ berkumandang dihadapan KDN tadi.

Menurut Bekas Setiausaha Kerja PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman, himpunan hari ini diadakan bagi mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) memberi kata putus mengenai kedudukan PPBM.

“Jika PPBM langgar peraturan, tidak boleh dibiar begitu sahaja, jangan kerana PPBM diketuai Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad) senang sahaja mereka langgar, ini ketidakadilan,” katanya ketika ditemui media tadi.

Dalam pada itu,  bekas Penyelaras PPBM Bahagian Kluang, Arjuna Putra Ali mendakwa ratusan aduan telah dibuat dan sepatutnya tindakan telah pun diambil kerana ia sudah cukup untuk ROS mengambil tindakan terhadap PPBM namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

“Kami mohon ROS ambil tindakan bubar atau gantung PPBM, ribuan ahli yang hadir hari ini bukannya kerana dedak atau bayaran tetapi kerana prinsip demokrasi yang dicanang PPBM itu sendiri,” ujarnya.

Dalam himpunan tadi, lebih kurang seribu orang yang hadir bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan ROS yang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap PPBM dan juga meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pimpinan PPBM khususnya Presiden PPBM, Tun Mahathir Mohamad.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.