Suami Isteri Dipenjara 15 Bulan, Perguna Kanak-Kanak Mengemis

IPOH – Sepasang suami isteri masing-masing dihukum penjara 15 bulan dan denda RM28,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 28 pertuduhan mempergunakan 19 kanak-kanak dan remaja sebagai peminta sedekah, dua tahun lalu.

Hakim Murtazadi Amran menjatuhkan hukuman tersebut kepada Muslim Ab. Karim, 67, dan isterinya, Zaleha Mohamad, 55, selepas kedua-dua mereka mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan.

Mengikut pertuduhan, mereka berdua didakwa menyebabkan 19 kanak-kanak dan remaja berusia lingkungan 11 hingga 17 tahun untuk menerima sedekah dengan menawarkan jualan ubat herba gel dan kalendar.

Kesemua perbuatan itu dilakukan di kawasan CIMB Bank Taiping, Jalan Panggung Wayang, Taiping; Maybank Jalan Medan Saujana 1, Medan Saujana Kamunting; Kemaman Kopitiam, Lorong Tun Ismail 1, Kuantan, Pahang; CIMB Bank Bandar Raub Perdana, Raub, Pahang; Persiaran Greentown Business 6, Greentown Business Centre, Ipoh dan Bank Islam, Jalan Mahmood, Kota Bharu, Kelantan, lapor Kosmo

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan mereka antara pukul 8 malam 7 Oktober 2016 hingga 1.45 pagi 14 Mac 2017.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara tersebut bermula dari tarikh mereka berdua ditangkap pada 7 Mei tahun lalu selain memerintahkan hukuman penjara tambahan selama 28 bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.