Pelajar Ditemui Maut Dalam Longkang

KULIM – Seorang pelajar ditemui maut di dalam longkang bersama motosikal yang ditungganginya di Jalan Sungai Ular, Taman Tiong di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, mayat mangsa, Muhammad Solihin Rosli, 16, ditemui orang awam di tempat kejadian dan membuat laporan kepada polis kira-kira pukul 5.05 petang.

“Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kenari dilaporkan keluar dari rumahnya di Taman Merak di sini dengan menaiki motosikal tersebut kira-kira pukul 6.30 pagi.

“Siasatan awal mendapati mangsa terbabas sebelum terjatuh ke dalam longkang tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini, lapor Kosmo

Bagaimapaun, tambahnya, punca kematian masih belum dapat disahkan kerana mayat mangsa masih dibedah siasat di Hospital Kulim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.