Ke Kilang Kosmetik, Kim Jong Un Tarik Perhatian

PYONGYANG – Pemimpin Korea Utara Kim Jong-un “bertukar” dari kebiasaan apabila melawat kilang kosmetik di ibu kota Pyongyang.

Beliau melawat kilang kosmetik yang baru diubahsuai, disertai oleh beberapa ahli parti kanan, dan isteri yang jarang dilihat di khalayak ramai, Ri Sol Ju.

Kilang ini telah dikunjungi oleh bapanya yang merupakan pengarah terdahulunya, Kim Jong-il, pada 14 tahun yang lalu.

Lawatan ke kilang kosmetik pastinya berbeza dari gambar yang biasanya menunjukkan peluru berpandu dan senjata api di samping Kim Jong Un.

Namun, kali ini Kim Jong Un dirakam sedang merujuk kepada produk sabun dan kecantikan, sambil ditemani isteri tercinta.

Dia turut memuji kilang itu dan menuntut kilang tersebut mengeluarkan kosmetik bertaraf dunia.

Lawatan itu disiarkan oleh media negara, sehari selepas Setiausaha Pertahanan AS, Jim Mattis berkata Amerika Syarikat tidak akan menerima Korea Utara yang bersenjata nuklear.

Ketegangan semakin meningkat di Semenanjung Korea yang dikaitkan dengan ujian peluru berpandu dan nuklear Korea Utara, diikuti dengan retorik yang meningkat antara Kim Jong-un dan Presiden Donald Trump.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.