Gara-gara Hutang RM86 , Banduan Ini Nekad Gantung Diri

SIDOARJO – Siswandoko, seorang tahanan IIA Delta Sidoarjo ditemui mati di dalam selnya pada Rabu malam,

Dia didakwa terdesak membunuh giri kerana masalah hutang.

Lelaki 38 tahun asal Wonoayu Sidoarjo tersebut merupakan warga binaan kes penyalahgunaan dadah.

Dia dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan telah menjalani hukuman selama sembilan bulan.

Menurut Kalapas Kelas II A Sidoarjo, Jumadi, warga binaannya itu sebelum ini menghuni bilik 3B.

Baru seminggu dia dipindah ke bilik B selepas berlaku kekecohan dengan rakan sebiliknya.

“Kekecohan itu salah satunya kerana masalah hutang. Mangsa  merasa takut kerana belum dapat membayar hutangnya ” ungkap Jumadi.

Pemindahan bilik juga atas permintaan Siswandoko itu sendiri. Dia tinggal bersendirian di dalam bilik selama seminggu dan menolak apabila ditawarkan kembali ke bilik terdahulu. Antara lain dia takut kerana dia tidak boleh membayar hutangnya.

Siswandoko ditemui sudah tidak bernyawa oleh pegawai yang sedang keliling memeriksa bilik-bilik tahanan.

Tingkap biliknya ditutup kain sarung, dan ketika diperiksa mangsa sudah dalam keadaan tewas dalam keadaan memakai sarung dan baju koko.

Lehernya digantung di kain sarung yang terikat di angin atau treler besi pengudaraan bilik berhampiran tingkap.

Setelah dipindahkan,mayat mangsa terus dikejarkan ke bilik bilik mayat RSUD Sidoarjo untuk postmortem

Polis juga telah melakukan siasatan di tempat kejadian dan memeriksa keadaan mayat sebelum dilarikan ke RSUD.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.