Wanita Mangsa Tembak Tidak Hamil, Tiada Kaitan Kongsi Gelap – Polis

PULAU PINANG – Polis menafikan wanita yang ditembak mati dalam kejadian di Bukit Gambir petang semalam mengandung atau ada kaitan dengan mana-mana kongsi gelap.

 

Sehubungan itu, Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye mengingatkan mana-mana pihak, khususnya media, tidak membuat sebarang andaian berhubung kejadian tersebut sehingga boleh mengganggu siasatan.

 

Dalam masa sama, beliau memberitahu, polis yakin akan mendapat petunjuk bagi merungkai motif kejadian dalam masa terdekat selepas beberapa saksi termasuk ahli keluarga mangsa dipanggil selain turut menggesa saksi kejadian tampil berkongsi maklumat.

 

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 petang semalam, seorang ahli perniagaan wanita Cina berusia 49 tahun maut selepas ditembak sebanyak 10 das oleh dua lelaki yang menaiki motosikal ketika sedang memandu sendirian di Taman Pekaka, Sungai Dua di sini. – UTUSAN

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.