TUDM Siasat Dakwaan Beberapa Pegawainya Didera Di Kuantan

KUANTAN – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menyiasat dakwaan berlakunya kejadian beberapa pegawainya dibelasah dan didera di Kuantan yang tular di media sosial semalam.

 

“Pihak TUDM telah mengambil maklum perkara ini. Pengurusan tertinggi TUDM tidak sama sekali membenarkan perkara seumpama ini berlaku dan akan melaksanakan siasatan,” menurut kenyataan Bahagian Perhubungan Awam TUDM, Markas Tentera Udara, di Kementerian Pertahanan.

 

Sebuah laman sosial telah menyiarkan aduan yang mendakwa beberapa pegawai TUDM di sini dibelasah dan didera serta berlaku salahguna kuasa dalam kalangan orang atasan berkaitan orientasi pegawai baharu.

 

Pengadu berkenaan mendakwa kejadian itu melibatkan pegawai graduan ijazah yang melapor diri ke unit masing-masing mengikut kepakaran dan kejadian itu difahamkan turut berlaku pada waktu makan dan waktu solat.

 

Selain daripada itu mereka turut meletakkan nama dua pegawai yang didakwa tidak bertanggungjawab dan tidak amanah dalam melakukan tugasan mereka, serta menambah kejadian itu tidak diketahui oleh komander pangkalan berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.