Khabarnya tindakan itu didakwa sebagai ‘ubat penenang’ berhubung perceraiannya dengan Brad Pitt tahun lalu.

 

Laporan itu didedahkan kepada rangkaian BBC mengenai percutiannya di negara tersebut.

Jolie yang bersama enam orang anaknya didakwa, mahu mencuba sesuatu yang eksotik sehingga tertarik untuk makan labah-labah dan kala jengking.

 

“Daripada makanan harian seperti piza dan roti, kami mahu cuba sesuatu yang lain seperti serangga bahaya.

 

“Saya meminta anak lelaki, Maddox untuk berkongsi tarantula. Selepas menggigitnya, kami membuat keputusan untuk makan kentang go­reng saja,” katanya.

 

Dalam pada itu, Jo­lie turut mengakui dia dan anak-anaknya masih melalui waktu sukar kerana proses perceraian tersebut.

 

“Ini adalah masa paling sukar buat kami sekeluarga. Keutamaan saya ketika ini adalah anak-anak,” ujarnya.-SuaraTV