Polis Minta Kerjasama Orang Ramai Bantu Siasatan Kes Tembak

GEORGETOWN – Polis Pulau Pinang meminta kerjasama orang awam yang merakam kejadian tembakan di Jalan Bukit Gambir, berdekatan Taman Pekaka di sini, petang semalam, supaya ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

 

Ketua Polis negeri, Datuk Chua Ghee Lye, berkata ketika ini pihak polis sedang mengumpul bukti bagi menyiasat dengan lebih terperinci kejadian tembakan berkenaan.

 

“Setakat ini kami mempunyai beberapa petunjuk, namun jika mendapat bantuan daripada orang ramai atau saksi kejadian, kita yakin kes ini dapat diselesaikan lebih cepat.

 

“Polis juga ingin ingatkan orang ramai supaya tidak cepat menyebarkan berita yang tidak sahih di laman sosial. Tunggu laporan siasatan yang lebih sahih daripada kami,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kontinjen Negeri di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Pulau Pinang di sini, pagi tadi.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang semalam, mangsa seorang ahli perniagaan wanita berumur 49 tahun, mati di lokasi kejadian selepas terkena sekurang-kurangnya 10 das tembakan di kepala dan badan. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.