Koleksi 25 Gaun Lady D Dipamer

LONDON – Gaun yang dipakai Puteri Diana untuk menghadiri pelbagai majlis, termasuk mesyuarat dengan diplomat, selain menari dengan bintang filem akan dipaparkan dalam satu pameran fesyen diraja Britain, yang dibuka di London, minggu ini.

 

Koleksi 25 pakaian milik mendiang itu akan dipamerkan mulai Jumaat hingga akhir tahun ini di Istana Keningston, kediaman Puteri Diana selama 15 tahun. Pameran ini diadakan bersempena ulang tahun ke-20 kematiannya.

 

Antara koleksi yang dipamerkan, termasuk sepasang gaun baldu biru yang dipakai Diana ketika menari bersama pelakon John Travolta di Rumah Putih pada 1985, pakaian ‘Elvis’ berkolar tinggi yang dihiasi dengan mutiara dan sepasang pakaian yang menampilkan lambang burung helang, iaitu burung rasmi Arab Saudi.

 

“Pameran itu juga bertujuan mengenengahkan ‘kemahiran pemahaman Diana untuk menggunakan fesyen sebagai alat diplomatik’.

 

“Pameran kami meneroka kisah seorang wanita muda yang dengan cepatnya mempelajari seni persalinan diraja dan pakaian diplomat. Pada masa sama, memberikan perhatian kepada industri fesyen di Britain dan pereka,” kata kurator pameran ‘Diana: Her Fashion Story’, Eleri Lynn. – REUTERS/BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.