Kedutaan Korea Utara Desak 3 Suspek Dibebaskan

KUALA LUMPUR – Kedutaan Korea Utara di Malaysia, hari ini menggesa tiga suspek yang ditahan kerana dipercayai terbabit dengan pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin negara itu, Kim Jong-un, dibebaskan serta-merta.

 

Dalam satu kenyataan media, kedutaan itu menegaskan seorang wanita Vietnam, seorang wanita Indonesia dan seorang lelaki Korea Utara ditahan secara tidak munasabah.

 

Jong-nam dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) minggu lalu ketika sedang menunggu penerbangan ke Macau.

 

Polis Malaysia berkata, seorang pegawai kanan kedutaan Korea Utara dan seorang kakitangan syarikat penerbangan negara itu turut dikehendaki untuk soal siasat membabitkan kes pembunuhan itu. – Reuters/BH

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.