Isu Jirat Cina, Penduduk kecewa Dengan Azmin

KUALA SELANGOR – Lima kawasan penempatan di sekeliling projek kubur bukan Islam yang dipersoalkan pembinaannya di Jeram, dekat sini, meminta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak berdiam diri dalam isu tersebut.

 

Presiden Gerakan Masyarakat Prihatin, Hassan Kuthoos Syed Ahmed Kabeer berkata, kawasan yang terlibat adalah Kampung Felda Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam, Kampung Bukit Kapar Tambahan, Kampung Bukit Kerayong dan Kampung Bukit Hijau.

 

“Kegagalan Mohamed Azmin turun padang atau sekurang-kurangnya menghantar wakil untuk berunding dengan penduduk setempat atau wakil kami iaitu Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Felda Bukit Cherakah, Milan Ismail,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

 
Isu tersebut hangat diperkatakan memandangkan pembinaannya dibuat di dalam kawasan majoriti Melayu malah penduduk sudah beberapa kali menjalankan demonstrasi di tapak lokasi dan juga di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

 

Difahamkan, kegagalan sebarang tindakan daripada kerajaan negeri telah memaksa penduduk memanjangkan perkara ini kepada pihak istana agar mendapat perhatian Sulit Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. -Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.