Bunuh Jong Nam : Ejen Wanita Terlatih, Bukan Lakonan

Dua suspek wanita dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam sudah dilatih untuk melakukan jenayah berkenaan dan bukannya watak ‘prank’ seperti didakwa sebelum ini.

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, dua wanita yang masing-masing berasal dari Vietnam dan Indonesia itu menerima arahan daripada empat lelaki Korea Utara yang kini sudah melarikan diri ke negara asal mereka.

 

Menurutnya, Siti Aisyah, 25 dan Doan Thi Huong, 29 tahu cecair berkenaan adalah beracun berikutan kedua – duanya pergi mencuci tangan selepas menekup muka si mati.

 

“Mereka pernah berlatih melakukan aksi yang sama di Pavilion, KLCC sebelum hari kejadian di KLIA2.

 

“Kita tidak percaya kedua-duanya diperangkap atau sedang berlakon seperti yang didakwa, semua orang sudah lihat CCTV yang tersebar dan mustahil ia sekadar lakonan, ” katanya.- Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.