Buku ‘Lucah’ Kanak-Kanak Indonesia, Ditarik Balik

KUALA LUMPUR – Penerbit Tiga Ananda, cawangan PT Tiga Serangkai di Surakarta, Indonesia menarik balik buku kanak-kanak terbitan syarikat itu susulan beberapa bahagian di dalamnya mengandungi bahan pornografi, dan menjadi viral di media sosial.

 

Jakarta Post melaporkan buku bertajuk “Aku Berani Tidur Sendiri” iaitu sebahagian daripada siri “Aku Belajar Mengendalikan Diri” hasil karya Fita Chakra didakwa mengandungi ilustrasi kanak-kanak sedang melakukan onani.

 

Pengurus Besar Tiga Ananda Mas Adimuawan berkata buku itu sebenarnya sudah ditarik balik sejak Disember dan pembeli juga digalakkan untuk memulangkan semula buku berkenaan.

 

“Kami akan memulangkan wang mengikut tanda harga. Kami mencetak kira-kira 3,000 buku, dengan 900 sudah dijual. Kami menarik balik baki buku itu daripada pengedar dan ia akan dimusnahkan.

 

“Kami mohon maaf. Ada kesilapan pada ilustrasi yang tidak sepatutnya dilihat dan dibaca kanak-kanak,” katanya dipetik daripada Jakarta Post.

 

Adimuawan berkata penerbitan buku itu pada awalnya bertujuan membantu ibu bapa menjelaskan kepada anak mengenai pendidikan seks, dan memberitahu kanak-kanak bagaimana melindungi diri mereka daripada serangan seksual.

 

“Kami sebenarnya ada mendapatkan konsultasi daripada pakar kanak-kanak dan psikologi dengan menyusun beberapa bahan untuk buku itu. Tetapi kami akui cuai kerana menerbitkan ilustrasi yang membuatkan pembaca tidak selesa.

 

“Kami benar-benar minta maaf,” katanya dipetik daripada Jakarta Post.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.