Azad Enggan Dilabel Pelawak

Pelakon Azad Jasmin enggan dilabel sebagai pelawak, biarpun kerapkali melakonkan watak komedi.

 

 

Katanya, biarpun karakter komedi adalah sebahagian daripada watak yang sering dilakonkan., namun sebolehnya dia tidak mahu dilabel sebagai pelawak.

 

“Saya bersyukur kerana penonton menerima apa yang saya lakukan di kaca televisyen mahupun layar perak.

 

“Bagaimanapun, saya tidak mahu dikaitkan sebagai pelawak dan sebolehnya mengelakkan diri daripada menyertai program pertandingan lawak.

 

“Hal itu kerana saya ingin penonton melihat saya sebagai pelakon yang mampu membawa pelbagai jenis karakter. Saya juga akan terlibat dalam pembikinan filem Polis Evo 2 yang dijadualkan memulakan penggambaran sekitar Mei depan. Menerusi filem tersebut saya memegang watak sebagai seorang anggota polis yang serius dan tegas,”katanya, petik Kosmo.

 

Selain sibuk mempromosikan filem J Revolusi, Azad akui akan muncul dalam program televisyen berbentuk permainan (game show) berjudul Perang Bibir di TV3.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.