12 Titik Panas Tanda Awal Kebakaran Hutan, Kemarau Dikesan Di Riau

PEKANBARU – Riau mengesan sejumlah titik panas di wilayahnya menjelang musim kemarau tidak lama lagi ketika beberapa bahagian lain di Indonesia mengalami hujan lebat dan banjir.

 

Menurut Satelit Terra dan Aqua milik Agensi Kajicuaca dan Geofizik (BMKG) di sini, sejumlah 12 titik panas dikesan di wilayah itu setakat ini.

 

Sebanyak empat kawasan titik panas dikesan di daerah Tanah Putih dekat Rokan Hilir, tiga di Siak Sri Indrapura dan daerah Sungai Apit di wilayah Siak, dua di daerah Mandah dekat wilayah Indragiri Hilir, dua di Bunut dan daerah Kuala Kampar dekat daerah Pelalawan dan satu di daerah Tapung dekat wilayah Kampar.

 

Ketua bahagian data dan maklumat BMKG, Slamet Riyadi, berkata jumlah titik panas di wilayah itu meningkat semalam berbanding tujuh pada hari sebelumnya.

 

“Seperti yang diramalkan, pusingan pertama musim kemarau di Riau akan bermula pertengahan Februari hingga pertengahan Mac. Kemunculan semula kawasan titik panas menandakan permulaan musim kemarau,” katanya.

 

Dalam perkembangan lain, Ketua pasukan petugas bersama Riau, Brig Jeneral Nurendi menggesa kakitangannya bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi mengendalikan kebakaran hutan menjelang kedatangan musim kemarau. – Jakarta Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.