Warga PDRM Sedih Digelar Bodoh, Bahalol, Makan Gaji Haram

Kuala Lumpur – Seorang warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) melahirkan rasa kecewa ekoran dikeji dengan pelbagai kata nista yang dlemparkan oleh seorang penceramah agama baru-baru ini.

 

Menurut anggota polis tersebut, selain warga PDRM kenyataan yang dilemparkan itu turut menyebabkan anak-anak mereka merasai sedih.

 

“Polis bodoh bahalol buat ‘speedtrap’ hari jumaat tu semua makan gaji haram (itulah) antara kata kata hinaan kepada kami warga PDRM oleh seorang yang di angkat menjadi Ustaz untuk menyampaikan dakwah.

 

“Astaqfirullahala’zim… sedih aku, sedih anak-anak rakan aku (dan) sedih kami warga PDRM apabila di gelar (dengan) sebegitu rupa” katanya di laman media sosial Facebook.

 

Menurutnya lagi, disebabkan pengorbanan anggota polis rakyat di negara ini mampu hidup dengan aman damai.

 

“Tahukah ustaz, jika bukan kerana kami polis yang tidak tidur malam demi menjaga ketenteraman disaat orang lain enak diulit mimpi, waktu malam ustaz tidur tidak akan tenteram dan sentiasa berada dalam ketakutan? Tahu kah ustaz, jika bukan kerana kami perjalanan ustaz dan orang lain akan tergendala dan lambat bila mana kesesakkan jalanraya di waktu kemuncak?

 

“Tahukah ustaz, apa yang anak-anak kami rasa pabila melihat kawan2 mereka menyambut perayaan bersama kedua ibubapa mereka dan bagi anak kami, hanya mampu menunggu kepulangan kami di bibir pintu rumah? Tahukah ustaz bagaimana sakitnya isteri kami bilamana sewaktu melahirkan zuriat kami disaat suami nya tiada disisi demi menjaga keAmanan rakyat lain?

 

“Tahukah ustaz, bagaimana sebak dan sedih nya ahli keluarga rakan kami yang gugur di medan tempur sewaktu pengganas Sulu hendak merampas kedaulatan tanah air kita? Ustaz boleh lihat dan mampu mengucap kan lafas kesian pada mereka, tapi adakah ustaz pernah berterima kasih kepada kami? ” soalnya pula.

 

Anggota tersebut turut menyifatkan penceramah tersebut sebagai munafik dan mengharapkan agar beliau tidak beremosi dalam menjalankan tugas dakwah.

 

“Aku bangga berkerja dan di berikan rezeki dalam bidang ini (kerana) dalam keluarga aku belum ada yang jadi polis seperti aku. Aku tidak hirau dengan hinaan ustaz itu sebab apa yang aku lakukan dalam kerjaya ini semuanya bermula dengan lafaz “bismillah” sewaktu mula tanganku mengangkat sumpah taat setia.

 

“Harini aku dikhabar kan ustaz itu buat “cover report” di sebuah balai polis yang dia sendiri hina dengan perkataan “bodoh bahalol” (dan) di dalam report tersebut beliau menyatakan kenyataan tersebut ditujukan kepada polis negara lain sedangkan dalam ceramahnya beliau mengatakan sewaktu beliau datang keceramah beliau terjumpa polis sedang melakukan speedtrap.

 

“Contoh orang munafik jelas kelihatan. Sama sama kita doa kan semoga Allah bukakan hati beliau untuk berdakwah dalam keadaan yang tidak emosi dan berfikiran waras. Kami (warga PDRM) maafkan ustaz (dan) Polis Sedia Berkhidmat (kerana) Polis Dan Rakyat Berpisah Tiada” katanya lagi.

 

Terdahulu Nahar Afandi Ghazali mendakwa tindakan anngota polis yang bertugas ketika solat Jumaat adalah bertentangan dengan hukum Islam dan gaji yang diperolehi oleh mereka adalah haram.

 

Beliau di dalam ceramah yang sama turut menyifatkan kenderaan yang dinaiki oleh rakyat di negara ini seperti babi kerana mengunakan perkhidmatan bank yang  mengamalkan amalan riba.

 

Rata-rata pengguna Facebook kemudiannya menyifatkan kata-kata nista yang dituturkan itu bukan merupakan sebahagian daripada Islam sambil menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan. – SuaraTV

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.