Wanita Potong Kemaluan Suami Tukar Pengakuan

KUALA PILAH – Seorang wanita yang sebelum ini mengaku bersalah memotong kemaluan suaminya, menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

 

Fatimah Abdullah, 51, membuat pengakuan baharu itu di hadapan Hakim Sazlina Safie, selepas pertuduhan dibacakan sekali lagi dalam bahasa Tamil terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

 

Pada 28 Januari lalu, tertuduh yang tidak diwakili peguam ketika itu, membuat pengakuan bersalah dan hakim menetapkan hari ini sebagai tarikh membuat keputusan, sementara menunggu laporan perubatan lengkap mangsa.

 

Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap warga Pakistan, Umar Rahman, 44, dengan menggunakan pisau yang berkemungkinan boleh menyebabkan kematian, pada jam 1.20 pagi, 20 Januari lalu di Jalan Beringin 3, Batu Kikir, dekat sini.

 

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan, jika sabit kesalahan.

 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Azhan Hakim Nik Mahmood dan Nabilah Mohammad Zanudin, manakala tertuduh diwakili peguam J Gunamalar, Parmjit Singh dan Shamser Singh. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.