Video: Ustaz Hina Polis Bercakap Tak Guna Otak – Ali Tinju

Kuala Lumpur – NGO Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah) menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kenyataan seorang penceramah agama yang secara terbuka menghina anggota polis.

 

Presidennya, Mohd Ali Baharom ketika ditemui SuaraTV sebentar tadi berkata, satu tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi.

 

 

“Kami mendesak pihak polis supaya memanggil dan menahan ustaz ini dan jangan bertolak ansur dan jangan memaafkan tindakannya itu.

 

“Ini kerana saya khuatir penceramah agama yang lain akan turut terpengaruh dengan fikiran sonsang tersebut” katanya kepada SuaraTV sejurus selepas membuat laporan di ibupejabat polis (IPD) Dang Wangi di sini pagi tadi.

 

Menurut Mohd Ali yang juga dikenali sebagai Ali Tinju, kenyataan penceramah tersebut adalah kasar sambil memintanya untuk bertaubat.

 

“Saya minta ustaz ini supaya bertaubat, sebagai seorang ustaz tidak bermaksud kamu boleh menghina dan menghukum secara terbuka kepada anggota polis.

 

“Kenyataan menuduh polis bodoh dan bahlol yang dikeluarkan itu adalah kasar.. kenyataan ustaz tersebut tidak guna otak” ujarnya pula.

 

Terdahulu Nahar Afandi Ghazali mendakwa tindakan anngota polis yang bertugas ketika solat Jumaat adalah bertentangan dengan hukum Islam dan gaji yang diperolehi oleh mereka adalah haram.

 

Beliau di dalam ceramah yang sama turut menyifatkan kenderaan yang dinaiki oleh rakyat di negara ini seperti babi kerana mengunakan perkhidmatan bank yang  mengamalkan amalan riba.

 

Rata-rata pengguna Facebook kemudiannya menyifatkan kata-kata nista yang dituturkan itu bukan merupakan sebahagian daripada Islam sambil menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan. – SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.