Video: Rakyat Pahang Bangga Dengan Pencapaian Najib – Tengku Abdullah

Pekan – Pencapaian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang hari ini genap 40 tahun terbabit dalam politik tanah air, membanggakan rakyat Pahang.

 

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, menzahirkan perkara itu ketika berucap ringkas sebelum merasmikan Universiti Automotif DRB-HICOM (DHU) mewakili Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di sini, sebentar tadi.

 

 

“Bagi saya, 40 tahun Najib dalam politik adalah nostalgia besar maksudnya. Dulu tiada rambut putih sekarang kita tengok seluruh rambut dan keningnya putih yang menunjukkan beliau melalui banyak pengalaman.

 

“Kita harus berbangga dengan pencapaiannya, dulu beliau menjadi Ahli Parlimen kemudiannya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Menteri Besar, Menteri dan kini Perdana Menteri yang berasal dari Pekan, Pahang.

 

“Ini menunjukkan banyak pengalaman telah dilalui beliau. Banyak turun naiknya tapi kita kena bangga banyak pencapaian yang dilakukannya,” titah baginda.

 

Tanggal 21 Februari 2016 menjadi detik bersejarah kepada Najib kerana menandakan genap 40 tahun penglibatan anak sulung Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Rahah Muhammad Noah dalam arena politik.

 

Najib bertanding Pilihan Raya Kecil Parlimen Pekan pada 21 Februari 1967 pada usia 23 tahun sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Pahang pada 1982, sekali gus melakar sejarah sebagai Menteri Besar termuda iaitu pada usia 29 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.