Video: Anak Malaysia Buat Juri ‘The Voice UK’ Joget Poco-Poco

Kuala Lumpur – Sebuah klip video seorang lelaki Malaysia yang kini bermaustatin di New Castle, Jeffri Ramli mengegarkan pentas ‘The Voice UK’.

 

Jeffri Ramli, 35 tahun, jurutera dan penyanyi menyampaikan lagu Amy Winehouse’s ‘Valerie’ mendapat perhatian juri selepas dia mengakui dari Malaysia.

 

 

“Hey, kamu tahu tarian tradisional Malaysia?” tanya salah seorang jurinya, Will.i.am, anggota kumpulan Black Eyes Peas.

 

Menariknya apabila kesemua juri menawarkan diri untuk menari gerakan tarian tradisional, Poco-poco dengan bimbingan Jeffri.

 

Walaupun langkah tarian poco poco dibuat beberapa saat, para juri dilihat teruja dengan langkah tari tersebut.

 

“Kita di sini memanggilnya Electric Slide,” kata Will.i.am dan dicelah oleh Jeffri, “Sebenarnya ia berasal dari Indonesia tetapi kami memanggilnya Poco-poco.”

 

Video tersebut menerima pelbagai reaksi positif ekoran kualiti nyanyian Jeffri selain cara dia menghiburkan juri program itu sekali gus menjadi tarikan semua orang.

 

Walau bagaimanapun, Jeffri tidak dapat menembusi pusingan seterusnya. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.