Video: 20 Ribu Ahli Gerakan Merah Berhimpun Di Penang Khamis Ini

Kuala Lumpur – NGO Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah) akan mengadakan satu himpunan bagi menyatakan bantahan terhadap persidangan yang akan dianjurkan oleh sebuah pertubuhan dikenali sebagai Freemason Khamis ini.

 

Presidennya, Mohd Ali Baharom ketika ditemui SuaraTV sebentar tadi berkata pertubuhan tersebut sering dikait dengan Yahudi dan teori konspirasi terhadap orang Islam.

 

 

“Kita mendesak pihak berkuasa seperti PDRM untuk menasihati kerajaan negeri (Pulau Pinang) agar membatalkan cadangan pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengadakan persidangan (Freemansom) pada hari tersebut.

 

“Kita dah arahkan 20-30 ribu ahli untuk turun dengan satu hati dengan memakai baju merah dan kami akan mengadakan perhimpunan untuk bersuara (menyatakan bantahan)” katanya kepada SuaraTV sejurus selepas membuat laporan di ibupejabat polis (IPD) Dang Wangi di sini pagi tadi.

 

Menurut Mohd Ali yang juga dikenali sebagai Ali Tinju, sekiranya perhimpunan tersebut diteruskan pihaknya tidak akan menjamin keselamatan sambil menegaskan keadaan akan menjadi ‘panas’.

 

“Saya tidak akan berjanji akan keselamatan pada hari itu kerana kerajaan negeri (Pulau Pinang) enggan mendengar suara rakyat yang memberontak itu bukan kesalahan kami.

 

“Saya juga memberikan amaran kepada kerajaan negeri, persidangan pada 25 ini akan menjadi panas.. batalkanlah program yang tidak bertamadun itu” katanya lagi.

 

Terdahulu Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohd Nordin mendesak pihak berkuasa menyiasat persidangan yang akan diadakan itu kerana ia telah menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam.

 

Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Pekida Daerah Timur Laut, Perwira Pulau Pinang dan Gerakan Merah Pulau Pinang antara NGO yang turut membantah persidangan tersebut diadakan. – SuaraTV.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.