Segumpal Rambut John Lennon Dijual RM147,105

Dallas (Amerika Syarikat) – Segumpal rambut anggota kumpulan The Beatles, mendiang John Lennon dijual pada harga AS$35,000 (RM147,105) dalam satu acara lelongan di sini kelmarin.

 

Firma lelongan Heritage Auctions memberitahu, rambut sepanjang 10 sentimeter itu dibeli oleh seorang pengumpul dari Britain, Paul Fraser.

 

Rambut itu disimpan seorang tukang gunting Jerman yang memotong rambut Lennon sebelum kumpulan itu memulakan penggambaran filem komedi bertajuk How I Won the War pada 1967.

 

Gumpalan rambut itu antara barangan berkaitan The Beatles yang dilelong firma berkenaan.

 

Menurut Heritage Auctions, gumpalan rambut adalah yang terbanyak milik Lennon yang dijual dalam acara lelongan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.