Rindu Ibu, Kanak-Kanak Baring Di Sebelah Keranda

Kuala Lumpur – Satu insiden menyayat hati mengundang simpati ramai pengguna media sosial apabila seorang kanak-kanak yang baru sahaja kematian ibu telah baring dan tertidur di sebelah keranda ibunya.

 

Perkongsian status yang menyayat hati ini telah mendapat perhatian dan menjadi viral di laman twitter sehingga telah diretweet lebih 15 ribu kali dan dikongsi beribu-ribu pengguna Facebook.

 

Rata-rata pengguna media sosial berkongsi rasa sedih dengan nasib yang menimpa kanak-kanak tersebut.

 

Antara yang berkongsi rasa sedih ialah dari Masitah Zolkifly.

 

“Sedih tiada ibu ni , tak tahu nak kata macam mana !! rindu usah kata la hamba yang dah tua ni pun masih tak hilang-hilang rasa lagi walaupun dah 10 bulan arwah mak pergi , inikan pulak adik kecil ni alfatihah semoga diberi kekuatan selalu ye sayang,” tulisnya dalam ruangan komen.

 

Putera Akhir juga turut meluahkan rasa simpati terhadap kanak-kanak berkenaan.

 

“Al-fatihah buat ibu adik ini.semoga adik ni akan menjadi anak yg soleh,bila dh pandai baca yasin selalu-selalu sedekahkan untuk arwah ibu ye dik…aminn,” tulisnya dalam ruangan komen yang sama.

 

Dalam pada itu, Salmiah Shafie turut berharap agar kanak-kanak tersebut dilindungi Allah SWT.

 

“Terharu dan rasa sebak hati nie…ya’allah lindungi laa ank ini dan ampunkan kedua ibubapanyee…Aamin…semoga ia tenang ke alam Barzakh dan hingga keJannah…aamiin..,” tulisnya. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.