Video: Nak ‘Bayar’ RM100 Atau Kena Saman RM300

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang pegawai polis trafik meminta rasuah dari seorang pemandu telah dirakam dan videonya kini viral di laman sosial facebook.

 

Insiden berlaku setelah pemandu  yang melakukan kesalahan lalu lintas telah ditahan pegawai polis tersebut.

 

Pemandu tersebut dilihat cuba memujuk pegawai berkenaan untuk melepaskannya.

 

Beberapa ketika kemudian, pegawai tersebut meminta sejumlah wang untuk dikongsikan dengan dua rakannya sebagai ganjaran melepaskan pemandu berkenaan.

 

Pada mulanya pemandu tersebut ingin memberikan wang berjumlah RM50 namun jumlah itu tidak dipersetujui oleh pegawai berkenaan yang meminta wang berjumlah RM100.

 

Setelah berbincang, pemandu terbabit memberikan RM60 kepada pegawai berkenaan.

 

Susulan video yang viral itu, telah mengundang rasa kesal dan marah di kalangan ramai netizen yang mengecam tindakan pegawai polis trafik terbabit meminta rasuah.

 

Seorang pengguna Facebook, Gantaeyaku Gōsuto berkata, tindakan pegawai polis itu menunjukkan betapa murahnya maruahnya.

 

“Mula – mula minta rm100 last-last dapat RM60. Murahnya. Maruah dia sebagai seorang polis,” komennya di ruangan komen.

 

Zairil K-Yeah pula berpendapat bahawa kedua-dua daripada mereka perlu diambil tindakan terhadap kesalahan rasuah yang dilakukan.

 

“Ini dah terang-terang ada video ni… dah ada tindakan dari pihak yang berwajib lom? viral kalau tak ada tindakan pun tak guna juga…penjara berapa tahun? atau denda dengan berapa kali ganda nilai suapan?.

 

“Dua-dua tu patut diambil tidakan bukan sekadar “viral sepintas lalu” je untuk mendapatkan “like” atau “kecaman netizen,” ujarnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.