NGO Seru Masyarakat ‘Rempuh’ Sidang Freemanson Di Pulau Pinang Khamis Ini

Kuala Lumpur – NGO Persatuan Mukabuku Pulau Pinang melancarkan gerakan ‘Gelombang Merah’ bagi menghalang persidangan yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan dikenali sebagai Freemason Khamis ini.

 

Setiausahanya, Muhsin Latheef berkata, pihaknya akan ‘melanggar’ majlis yang dikait dengan Yahudi dan teori konspirasi terhadap orang Islam itu sekiranya ia diteruskan.

 

“Aku menyeru seluruh umat Islam di seluruh negara agar bangkit dan bangun melawan dakyah Dajjal laknatullah yang mana majlisnya akan berlangsung di negeri Pulau Pinang.

 

“Maka dengan sesungguhnya kami akan melancarkan gelombang merah bagi membatalkan majlis tersebut dari diadakan (pihak berkuasa) jangan halang kami.

 

“Jika majlis (tersebtu) diteruskan juga maka kami tetap beristiqomah melanggar majlis tersebut,” katanya melalui satu kenyataan yang dikirimkan kepada SuaraTV sebentar tadi.

 

Menurut Muhsin turut menyeru semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang untuk serta dalam perhimpuna yang akan diadakan nanti.

 

“Marilah kita beramai-ramai pertahankan ajaran Rasulallah (dengan) turun dan rempuh pada 25.02.2016 jam 3.00 petang di hotel Bayview Beach Resort Batu Feringghi.

 

“Aku mohon semua umat Islam tak kira apa fahaman politik untuk turut serta oleh kerana ini bukan soal politik tapi akidah umat Islam” serunya lagi.

 

Terdahulu Gerakan Merah dan beberapa NGO lain di Pulau Pinang turut menyatakan bantahan dan mendesak pihak berkuasa menyiasat persidangan yang akan diadakan itu smabil mendakwa ia telah menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.