Video: Lori Rempuh Kereta, Jadi Viral

NIBONG TEBAL – Satu rakaman video memaparkan tindakan extrem seorang pemandu lori melanggar berpuluh buah kereta yang menghalang jalannya kini sedang viral di media sosial.

 

Rata-rata pengguna media sosial (netizen) menganggap tindakan pemandu lori itu merupakan pengajaran kepada segelintir pemandu di Malaysia yang mementingkan diri walaupun tindakan pemandu lori itu agak tak berperikemanusiaan.

 

Seorang pengguna Facebook, Eyzva Ramly, melalui satu status komen yang ditulisnya menyokong tindakan pemandu lori berkenaan.

 

“Mendidik cara kasar lebih baik!! Biar pun sikap pemandu lori extrem dan melampau tetapi pengajaran untuk pemandu dan pengguna jalan raya dan untuk diri saya sendiri.

 

“Cara yang ganas tetapi akan mendidik ramai pemandu dan pemilik kenderaan di luar sana,” katanya.

 

Beberapa pengguna media sosial turut berkongsi pendapat sama dan masing-masing menyifatkan tindakan itu relevan sebagai pengajaran kepada pemandu kereta yang sering parkir menghalang laluan kenderaan lain.

 

“Kadang-kadang buat mcm ni bagus jugak,” tulis Shuhada Fc.

 

“Ada betul juga hari itu PDRM nak naikkan kompaun kesalahan trafik kepada mereka yang degil – degil tegar ini,” tulis Lokman Bin Mahmud di ruangan yang sama.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.