Ku Nan Tetap Hadir Majlis Walau Kehilangan Suara

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor atau Ku Nan tetap hadir ke Majlis Sambutan Tahun Baru Cina walaupun tidak dapat berucap di majlis itu kerana kehilangan suara.

 

Beliau yang menyampaikan angpau kira-kira kepada hampir 5,000 warga kota berjumlah RM200,000, sempat beramah mesra dengan orang ramai serta ahli kumpulan tarian singa yang mengadakan persembahan pada majlis tersebut.

 

Sehubungan itu, menerusi kenyataan ucapannya, Ku Nan berkata, menerusi majlis tersebut, warga Malaysia mampu mengekalkan keharmonian agama dan sosial sedia ada kerana rasa hormat yang mendalam kepada rakan yang bukan seagama dan sebangsa.

 

“Ia diperkukuhkan lagi dengan sikap sederhana yang diamalkan dalam pelbagai aspek kehidupan. Walaupun tidak dinafikan kita mempunyai perbezaan pendapat dan pandangan tetapi itu tidak bermakna kita tidak mampu mencapai kesepakatan.

 

“Tiada untungnya kita berpecah belah demi mementingkan diri atau puak sendiri. Tiada gunanya membawa elemen luar yang boleh memecah belahkan kita. kita lebih tahu dan faham apa yang kita mahukan untuk negara dan Wilayah Persekutuan khususnya,”katanya.

 

Beliau turut menyeru kepada warga kota supaya bersatu padu dan hidup aman damai serta mengelakkan permasalahn kecil atau berbeza fahaman sehingga mencetuskan isu perkauman.

 

“Jesteru, menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya pemimpin samada pemimpin parti politik, badan bukan kerajaan serta masyarakat tanpa mengira latar belakang,”katanya menerusi kenyataan rasmi tersebut.

 

Terdahulu, majlis rumah terbuka berkonsepkan mesra rakyat ini bukan sahaja meraikan tahun baru cina, malah demi mengukuhkan hubungan seluruh warga kota yang berbilang kaum dan bangsa.-SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.