Isu Surau KLIA Tersorok, Mufti Perlis Kena ‘Serang’ Di Facebook

Kuala Lumpur – Mufti paling kontroversi, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjadi bahan kritikan selepas memuat naik gambar dan status di laman sosial Facebook berkenaan isu surau di lapangan terbang.

 

Mufti Perlis itu seolah-olah mahu mengatakan surau di lapangan terbang di negara ini tersorok berbanding di lapangan terbang di Bangkok, Thailand.

 

“Tempat solat di Airport Bangkok ‘lebih nampak’ dibandingkan airport kita,” tulisnya di status dan menaikan sekeping gambar di Facebook pada Sabtu lalu.

 

Beberapa pemilik akaun Facebook yang popular dalam kalangan pengguna laman sosial menggunakan status itu untuk ‘menyerang’ Asri.

 

“Siapa2 tolong la refer dia kat doktor mata. Kesian…muda2 dah ada cataract,” komen Abdul Rahman Abdul Kader.

 

Aznil Hisham pula menulis, apa yg kita dapat belajar daripada posting itu ialah pertama, menunjukkan betapa rakyat Malaysia kufur nikmat dan kedua, menunjukkan rakyat Malaysia malas berusaha, malas bertanya dan malas segalanya.

 

Ketiga, tulisnya, posting itu menunjukkan rakyat Malaysia mahu semua tersedia depan mata, surau kalau boleh depan mata, kerja kalau boleh depan mata, makanan kalau boleh depan mata., semua nak senang dan semua nak subsidi.

 

“Kesimpulannya, kalau ilmuan agama begini tahap mentalitinya, tahulah kita rakyatnya bagaimana,” tulis Aznil.

 

“Mufti hipokrit ini saya tak hairan dah. Fitnah dan gosip sudah jadi tabiat hariannya. Tapi ada hampir 35 ribu likers pada status macam ini sangat mengkagumkan. Ini yang dipanggil taklid dan taksub buta.

 

“Tapi apa hendak hairan group Guru Ganja saja ada hampir 30 ribu likers,” tulis Ab Jalil Backer.

 

Status Asri itu turut mendapat maklum balas kakitangan Malaysia Airport yang memaklumkan keadaan sebenar.

 

S”alam ustaz..surau di klia…terletak di anjung tinjau tuan…sbab perpindahan nye…kami menyediakan surau yg lebih besar dan luas..serta selesa..ustaz leh menghala.ke anjung tinjau…surau di sebelah pej pos..kecik..dh xleh nak memuatkan ramai jemaah. signange pun kami letak bermula dari kedai cafe barbera…kalau ustaz..tuan dan puan ade pertanyaan ttg surau di klia..leh email ye….zulfahimi@malaysiaairports.com.my…cadangan dan pandangan ustaz serta tuan2 puan..amat sy hargai…” tulis Zul Mimi di ruangan komen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.